22 July 2012

Soalan Dan Jawapan Berkaitan Element Asas UNIX

Ini Merupakan Koleksi dari Assignments aku.. harap dapat membantu.. dan kalau ada yang tak betul tu tolong la betulkan.. kita sama2 belajar.

Soalan:

1. Senaraikan 6 elemen asas UNIX.(6m)
2. Terangkan perbezaan GUI bagi sistem operasi Windows dan sistem operasi Linux(6m)
3. Berikan 9 komponen yang membezakan antara sistem operasi Windows dan sistem operasi Linux(18m)
4. Terangkan berkenaan dengan langkah-langkah persediaan instalasi sistem operasi Linux.(12m)


Jawapan:

1. Kernel,Commands,Processes,Directories,Job,Development Environment.

2. Linux- terdapat beberapa desktop environment dalam linux,dimana GNOME dan KDE kebanyakkannya digunakan.Secara default,ia akan menggunakan window managers Metacity dan KWin tetapi ia juga terdapat CompizFusion sebagai ganti.Contoh lain bagi window managers adalah Enlightment,Xmonad,Openbox,Xfce,Fluxbox dan lain-lain.
Windows- menggunakan Windows Shell,iaitu dipanggil Desktop Window Manager dalam Windows Vista,dan Stacking Windows Manager yang dibina pada GDI dalam versi windows lama. Desktop environment dapat diubahsuai oleh beberapa produk ‘third party’ seperti WindowsBlinds.

3. Linux-(File Systems) secara amnya linux menggunakan ext2,ext3,ext4,reiserFS,FAT,ISO 9660,UDF,NFS,JFS,XFS dan termasuk juga NTFS menggunakan NTFS-3g yang terdapat dengan aplikasi FUSE.Archives dan laman FTP juga boleh dibina sebagai file systems.
(Partitioning) sesetengah file system menyokong pengubahan partition tanpa masalah kehilangan data.LVM dan EVMS memberikan proses ‘partitioning’ yang dinamik.semua keluaran Linux telah dibekalkan dengan program partitioning seperti fdisk atau gparted.
(Pre-installed Software) keluarannya mempunyai beberapa program seperti multimedia,graphic,internet,office suites,system utilities dan pilihan tambahan bagi desktop environments.sesetengah keluaran mengkhususkan samada pembelajaran,permainan ataupun keselamatan,dimana pengguna boleh memilih samada ingin melakukan instalasi program yang dikehendaki jika mahu.
(Install time)mempunyai perbezaan bagi setiap keluarannya,bagi keluaran ‘source-based’ proses instalasi mungkin memakan masa dari beberapa minit hingga ke sehari.
Windows-(File Systems) secara amnya menyokong NTFS,FAT,ISO 9660,UDF dan pemacu ‘3rd party’ yang ada seperti ext2,ext3,reiserFS,HFS dan lain-lain.
(Partitioning)sistem partition NTFS dapat dibesarkan tanpa masalah,dalam Vista pula kita juga dapat melakukan pengecilan bagi partition tersebut.Dynamic Disks membolehkan proses partitioning yang dinamik.peralatan ‘3rd party’ juga mempunyai lain-lain ciri yang lebih banyak dari yang sedia ada.
(Pre-installed Software)beberapa perisian multimedia dan pengguna rumah seperti IE,Media Player,Notepad,Wordpad,Paint termasuk perisian OEM.Dalam Windows Vista mempunyai ciri-ciri seperti IE7,Windows Mail,Windows Media Center dan lain-lain dimana ia berteraskan edisi mana yang digunakan oleh pengguna.Instalasi tidak termasuk Suite Office dan perisian multimedia lain yang lebih sosfikated .
(Install time)mengikut sumber dari versi yang di instal,konfigurasi peralatan samada ianya proses kemaskini atau instalasi penuh.Proses instalasi memakan masa dalam 20 minit ke sejam.

4. Install Latest Patches-terdapat lebih 200 Patch dan keluaran yang diperlukan serta spesifik ke atas setiap keluaran linux tersebut.Carian bagi patch tersebut boleh didapati pada laman web pengeluar contoh seperti Debian,Redhat,Lindows dan lain-lain. Create And Configure User Accounts-walaupun sudah mempunyai seorang User dalam system,kita masih perlu membuat akaun user bagi penggunaan harian.Root iaitu pengguna utama dimana akaunnya digunakan ketika benar-benar perlu sahaja.ini akan meningkatkan keselamatan system dan mengurangkan kemungkinan masalah yang akan berlaku pada system serta membuat ia tidak stabil. Secure Physical Access-pergi pada Setup dan masukkan katalaluan Bios dan lakukan konfigurasi untuk Boot dari Hard drive sahaja.ini dapat mengelakkan penceroboh dari masukan fizikal dengan hanya menggunakan Bootable Disk,melakukan recycling Power pada system dan terus mendapat capaian pada Root dengan mudah.
Secure Root Access- merupakan pengguna utama yang menjalankan kerja bagi menjaga keselamatan system. Setelah memastikan ada user pada system,power user boleh login menggunakan akaun user tersebut untuk akses dan perlu disable root login itu untuk kebaikan. Plan For System Maintenance- dapatkan senarai Mail yang akan memberikan anda memberitahu anda tentang kemaskini bagi keluaran Linux anda.Pengeluar selalunya mempunyai senarai Mail nya tersendiri bagi memberitahu pengguna-pengguna bila keluaran yang stabil mahupun Patch penting yang telah dikeluarkan antaranya SANS,CERT Linux Today,Security Focus dan Linuxsecurity.
Configure File Security-hanya Root mempunyai akses ke CRON,jika tidak sesiapapun dapat akses ke system dan menjadualkan satu proses ‘kerosakan’pada bila-bila masa.Root perlu menjadi Owner dan Group bagi (/etc/fstab, /etc/passwd, /etc/group, /etc/shadow).
Prepare For Disaster Recovery- buat satu Bootdisk pada system baru dikonfigurasi.semua keluaran mempunyai Mkbootdisk yang memudahkan proses.User perlu merangka untuk melakukan backup data penting pada langkah paling asas.


*Penyediaan instalasi Linux memerlukan anda:
• Ambil semua inventori seperti data-data penting ke satu tempat selamat.
• Membuat satu disket instalasi.
• Menyediakan pemacu keras untuk instalasi.
-Disket terbahagi kepada dua iaitu Boot dan Supplemental floppies,senaraikan pada label diatas kedua-dua floppy.
-Pembahagian Partition terbahagi kepada dua jenis iaitu Primary dan Extended dimana jenis Extended boleh dibahagikan beberapa bahagian menggunakan ‘Logical Drive’berbeza dengan Primary yang tidak membuat demikian.
-berbeza dengan system operasi Windows ia menggunakan system file jenis NTFS dan FAT32 linux pula menggunakan EXT2 dan SWAP.

Kalau ada yang salah tu harap ditegur..

Share this

0 Comment to "Soalan Dan Jawapan Berkaitan Element Asas UNIX"

Post a Comment