17 November 2011

Komputer Berjenama dan Klon

Apa itu klon?

Kion (clone) adalah sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. 

Berjenama adalah sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan kion

Komputer berjenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi.  Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia.  Bagi komputer yang berjenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputer.  Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan.  Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan.  Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil.  Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda

Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta laporan terkini.  Perkakasan klon juga mempunyai laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat.  Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di pasaran, harus berhati-hati semasa memilih.  Seharusnya ikut setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' terkini melalui media massa atau Internet.  Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa ke semasa.  Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.

Windows Live Tags: Untuk,Sekiranya,Pilihan,Sebenarnya,Seharusnya,feedback,media,Internet,Pemilihan,Alpa,adalah,sesuatu,yang,atau,menjadi,dari,dibuat,oleh,syarikat,membuat,sebuah,saja,boleh,digunakan,kerosakan,tidak,berkenaan,mana,pada,cepat,laman,terkini,kerana,setiap,terlalu,harus,semasa

Share this

0 Comment to "Komputer Berjenama dan Klon"

Post a Comment