05 November 2009

PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER


OBJEKTIF:
Menjadikan sesebuah computer itu lengkap dan menjadi sebuah computer yang boleh beroperasi.

SENARAI PERALATAN:

Bil
Peralatan
1
Casing and Power Supply
2
Motherboard
3
CD-Rom
4
Processor
5
Ram
6
Hard Disk
7
Floppy Disk
8
Another Card

Langkah Kerja:

  1. Pertama-tamanya perlulah kita mengenal pasti peralatan yang hedak digunakan dan bersesuaian mengikut jenis motherboard.
  2. Kemuadian peralatan di atas perlu di kenal pasti sama ada boleh di gunakan atau tidak sebelum melakukan pemasangan.
  3. Langkah pemasangan barangan di atas adalah pasangkan terlebih dahulu motherboard ke dalam casing. Kebiasaan pemasangan motherboard adalah dalam keadaan menegak. Terdapat juga pemasangan motherboard dalam keadaan melintang. Casing ini adalah jenis Desktop dan merupakan casing jenis lama.
  4. Pastikan pemasangan motherboard adalah betul dan masukkan skru pada 4 penjuru motherboard bagi mengelakkan motherboard bergoyang.
  5. Selain itu Power Supply perlu di pasangkan pada tembat yang di khaskan untuknya.
  6. Selepas itu pemasangan Hard Disk perlu di lakukan dan pastikan jumper Hard Disk dalam keadaan Master. Setelah itu pasangkan wire power supply kepada hard disk dan juga cable di sampungkan dari slot cable hard disk kepada slot IDE1.
  7. Setelah itu, pemasangan CD-Rom perlu di lakukan pada tempat yang di sediakan dan pastikan jumper CD-Rom berada dalam keadaan primary. Pasangkan wire power supply kepada CR-Rom dan pasangkan cable dari slot cable CD-Rom kepada slot IDE2.
  8. Kemudian, pemasangan Floppy Disk di jalankan. Setelah pemasangan selesai, pasangkan wire power supply dan juga cable dari slot Floppy Disk kepada slot FDD1.
  9. Selain itu wire power supply juga perlu di pasangkan kepada motherboard bagi menyalurkan arus melalui pemasangan wire power supply dengan slot ATX1 dan ATX 12V.
  10. Pemasangan CPU di lakukan di mPGA Socket dan di mana CPU Fan and Heatsink di pasang di atas CPU. Wire bagi CPU Fan di pasang kepada CPU Fan connector yang berada di tepinya.
  11. Setelah sebahagian hard ware di pasang, maka pemasangan RAM di lakukan. Ram juga perlu bersesuaian mengikut slotnya. Ada sesetengah motherboard menggunakan slot SD-Ram, EDO-Ram dan sebagainya. Oleh itu perlu di ingatkan semasa pembelian Ram perlulah tepat dan bersesuaian dengan slotnya. Pada motherboard, Ram di pasang pada slot ram (mengikut jenis Ram).
  12. Setelah itu, masih terdapat beberapa perkara yag perlu di pasangkan iaitu, wire bagi button start, reset, lampu dan juga USB. Pemasangan ini perlu mengikut arahan yang terdapat dalam buku motherboard.
  13. Bagi card tambahan seperti TV Card di pasangkan pada solot PCI.
  14. Setelah selesai pemasangan, computer bolehlah di “ON”. Selepas ini kerja-kerja setting perlu di lakukan melalui BIOS.





Langkah Keselamatan:

  1. Setelah memasang power supply, jangan terus-menerus menyambungkan power supply dengan arus electric 240V.
  2. Elakkan Hard Ware dari cas-cas yang terdapat pada tangan.
  3. Elakkan peralatan daripada terjatuh.
  4. Pastikan pemasangan adalah betul dan besesuaian dengannya dan elakkan dari tersilap memasang wire dan sebagainya.
  5. Jangan memaksa sesuatu peralatan yang tidak dapat di masukkan kerana berkemungkinan akan merosakkan barang itu dan juga motherboard.



Share this

0 Comment to "PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER"

Post a Comment