05 September 2009

Apa itu Xp??


Windows XP Professional and Home Edition
Produk ini akan dilancarkan di US pada tanggal 25 Oktober 2001. Produk terbaru dari Microsoft ini yang dibuat dengan kod name Whistler benar-benar diharapkan dapat menjadi sistem operasi yang memberikan kebebasan kepada pengguna untuk mengalami sebuah pengalaman dalam penggunaan PC dan Internet.
Sebelum kemunculan Windows XP Professional ini, beberapa perusahaan mengalami kesukaran dalam melakukan upgrade software komputer mereka.  Ini berikutan dalam membuat pilihan untuk tetap menggunakan windows yang sedia ada seperti Win 95, 98, NT atau menggunakan Win 2000 Professional atau menunggu kemunculan Win XP yang akan dilancarkan pada awal November ini. 
Win 2000 mempunyai beberapa keistimewaan seperti active desktop yang sedia ada dalam beberapa bentuk menarik untuk End-User mahupun Server Versions yang sangat sesuai untuk perusahaan yang besar mahupun kecil. Sejak kemunculannya tahun lalu, win 2000 ini sudah di buat dalam beberapa package offer.

                Dengan kemunculan system ini maka adakah pengguna IT harus mempertimbangkan new type dari Operating System, kenapa tidak menggunakan OS yang sudah ada. Win XP ini merupakan kombinasi dari perform dan kestabilan Win 2000 Professional dan user friendly dari Win 98.
Hadir dalam beberapa versi, windows XP diharapkan mampu meneruskan kecemerlangan generasi windows sebelumnya. Windows XP dibangun dari  adaptasi kelebihan Windows 2000 berupa kestabilan dan sekuriti dengan fitur-fitur Multimedia dan interface yang menarik di Windows 9X/ME. Windows XP akan hadir dalam 3 versi : Windows XP Home Edition, Windows XP Professional, dan Windows XP 64 bit. Windows XP Home Edition, merupakan kesinambungan dari generasi windows 9X/Millenium sesuai dengan namanya lebih diutamakan untuk kegunaan pengguna di rumah yang lebih menekankan pada kemudahan pakai untuk keperluan pengolahan gambar, suara, dan video digital seperti Professional Audio Video yang mempunyai  penampilan interface baru yang lebih baik dan lebih hidup.  Walaupun merupakan kesinambungan dari Windows Me / Win 9.x namun ia tetap mempunyai perbezaan,  XP Home Edition sudah menerapkan Arsitektur murni 32 bit seperti Win NT/2000.
Windows XP Professional, merupakan kesinambungan dari Windows 2000 Professional iaitu ditujukan pada pengguna kelas korporat atau Mobile User  dengan menambahkan kemampuan untuk pengguna notebook dan kemudahan untuk remote akses . Microsoft menyatakan bahawa Windows XP Professional lebih cepat 46% dibandingkan Windows 98SE. Versi mempunyai kelebihan pada kemudahan  remote desktopnya, kinerja dan performa serta system keselamatan yang  lebih baik.
Windows XP64 bit, versi ini lebih ditujukan kepada pengguna High End Workstation,  CAD/CAM, Grafis 3D, untuk Modeling dan Visualization. Support Aplikasi 32 bit.
Memformat semula PC menerusi Windows XP 

                Seperti sistem operasi (OS) Windows terdahulu, Windows XP juga tidak terkecuali daripada terdedah kepada kerosakan atau gangguan. Jika kerosakan tersebut serius tanpa mengira apa puncanya, ia mungkin memaksa anda untuk memformat semula pemacu keras. Sebelum itu, anda mungkin perlu mencipta semula partition. Selesai memformat partition, barulah disusuli dengan memasang semula Windows XP dari awal.

                Apabila anda hendak melaksanakan proses-proses di atas, apa yang perlu anda sediakan ialah CD Windows XP. Melalui CD tersebut, anda boleh membuat partition (samada partition tunggal atau berbilang, tertakluk kepada keperluan anda) dan memformat cakera keras. Jika anda menggunakan “Recovery CD” yang sering disertakan bersama sistem, maka pilihan anda barangkali tertakluk kepada pelan pembuat sistem tersebut.

                Proses membuat partition dan memformat semula pemacu keras tentunya menyebabkan kehilangan fail dan data yang terdapat dalam partition tersebut. Jadi, sebelum anda meneruskan proses berkenaan, sila simpan (backup) data-data data penting pada storan atau lokasi yang lain. Jika komputer anda dihubungkan kepada rangkaian, sila putuskan atau cabut kabelnya dari rangkaian sebelum memulakan proses pemasangan OS.

Berikut, adalah langkah-langkah untuk memformat semula pemacu keras menggunakan CD Windows XP.
1. Mulakan langkah dengan memastikan PC anda telah ditetapkan agar dibutkan menerusi CD. Jika tidak anda perlu mengubah prosedurnya menerusi ketetapan BIOS. Apabila PC anda mula dibutkan, tekan kekunci untuk memasuki BIOS. Di bawah ketetapan BIOS anda perlu mencari pilihan “Boot Order”. Kemudian, pastikan pemacu CD-ROM tetapkan untuk dibutkan dahulu sebelum disusuli pemacu lain.
2. Jika anda sudah menyisipkan CD Windows XP ke dalam pemacu CD-ROM, biarkan sahaja CD itu dan tidak perlu dikeluarkan. Seterusya simpan (save) ketetapan BIOS anda dan keluar (exit). Jika proses tadi dilakukan dengan betul, anda sepatutnya diminta untuk menekan mana-mana kekunci supaya PC anda boleh dibutkan daripada CD.
3. Seterusnya PC anda akan memasang fail-fail “setup” yang diperlukan. Windows XP akan memaparkan partition yang terdapat pada pemacu keras anda. Kemudian padam mana-mana partition yang sedia ada dengan memilih partition yang diingini menggunakan kekunci anak panah dan tekan kekunci D untuk memadamnya. Seterusnya tekan pula kekunci L untuk mengesahkan pemadaman tersebut
4. Kini, cakera keras anda sepatutnya ada satu pilihan sahaja, iaitu "Unpartitioned Space". Tekan kekunci Enter untuk memasang Windows XP pada ruang yang tiada partition tadi. Apabila anda diminta untuk memformat partition tadi, katakan anda memilih pilihan "Format using the NTFS file system". Pilihan ini akan memformatkan partition tersebut menggunakan sitem fail NTFS.
5. Jika anda mencipta beberapa partition, anda perlu memformat partition yang hendak dipasang dengan OS sahaja ketika ini. Selepas partition itu diformatkan, Windows akan memulakan pemasangan. PC anda akan dibutkan semula (reboot) dan ketika PC sedang dibutkan, jangan tekan mana-mana kekunci. Mulai dari sini, skrin yang menunjukkan Windows XP sedang dipasang
6. Kemudian isikan kekunci produk anda. Kekunci produk ini selalunya diletakkan di sebelah belakang bekas simpanan CD tersebut. Jika anda memformat semula menggunakan Recovery CD yang disertakan bersama PC, kekunci produknya mungkin terletak pada pelekat yang ditampal pada case PC anda. Apabila anda diminta membuat ketetapan Network Setting, pilih “Typical Settings”.
7. Sekarang Windows XP akan menyempurnakan pemasangan. Apabila prosesnya selesai, anda perlulah memasang semula driver untuk peranti yang digunakan seperti modem, bunyi, video, dan lain-lain lagi. Banyak syarikat PC berjenama seperti Dell, Gateway, dan HP akan menyertakan “Driver Installation CD” bersama PC yang dijualnya. Jadi anda hanya perlu menyisipkan CD dan mengikuti arahannya.
8. Seterusnya, aktifkan Internet Connection Firewall untuk melindungi PC anda. Kemudian, sambungkan semula PC kepada rangkaian (jika ia dihubungkan kepada LAN). Jalankan Windows Update dengan membuka Internet Explorer, kemudian klik pada menu Tools, dan pilih Windows Update. Ikuti arahan pada skrin untuk memasang kemaskini penting. Apabila prosesnya selesai, mulakan semula PC anda.
Windows XP SP2 utamakan aspek keselamatan

Kini anda boleh memindah terima Windows XP Service Pack 2 (SP2) dan semua kemaskini utamanya di masa depan dengan mengaktifkan fungsi Automatic Updates dalam Windows XP. SP2 juga boleh dipindah terima menerusi tapak web Windows Update. Jika anda tidak menggunakan ciri Automatic Updates atau memindah terima menerusi Windows Update, anda boleh memesannya dalam bentuk cakera padat (CD).

10 kelebihan SP2

Bagaimanpun, sebelum anda memasang versi terbaru Windows XP yang dipertingkatkan ini, anda mungkin ingin mengetahui 10 kelebihan yang ditawarkannya. Secara amnya, aspek keselamatan diberi keutamaan.
1. Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan mengingatkan anda terhadap mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat. SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui Internet Explorer, Outlook Express, dan Windows Messenger.
2. Menambah baik ciri perlindungan aspek “privacy” anda terutamanya apabila berada di dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian anda dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC anda daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.
3. Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan mengingatkan anda mengenai pindah terima yang mungkin merbahaya di samping memberikan anda pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berniat jahat.
4. Mengurangkan gangguan tetingkap “pop-up”. Ciri baru SP2 yang dinamakan Internet Explorer Pop-Up Blocker bakal menjadikan pelayaran Internet anda lebih menyeronokkan. Caranya dengan membantu anda mengurangkan iklan-iklan yang tidak diingini dan kandungan yang muncul apabila melayari web.
5. Menyediakan perlindungan firewall sejak PC anda dimulakan sehingga PC dimatikan. SP2 diengkapi dengan Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan pada asasnya sedia diaktifkan. Ini membantu melindungi Windows XP daripada pelbagai virus dan cecacing yang boleh merebak menerusi Internet.
6. Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center. Pusat ini membolehkan anda melihat status keselamatan dengan mudah dan mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.
7. Menyediakan kemaskini keselamatan yang mudah. Penambah baikan terhadap ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk mengemaskini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk menolong pengguna “dial-up” memindah terima kemaskini dengan lebih efisyen.
8. Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat penambah baikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan membataskan kemungkinan alamat e-mel anda dieksplotasi oleh penghantar spam. Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat penambah baikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan membataskan kemungkinan alamat e-mel anda dieksplotasi oleh penghantar spam.
9. Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar Web. Ciri baru Add-On Manager di dalam Internet Explorer memudahkan anda melihat dan mengawal perisian tambahan. Ini dikatakan dapat mengurangkan berlakunya kelumpuhan dan anda boleh melayari web dengan bebas.  
10. Memudahkan penggunaan wayarles. SP2 terus menyokong penggunaan wayarles dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian wayarles di rumah atau dalam perjalanan.
WinXP – kelebihan teknik berbilang partition

Sudah tentu tidak mustahil untuk menjalankan sistem operasi (OS) Windows XP pada pemacu keras yang memiliki satu bahagian (partition) sahaja. Ini merupakan konfigurasi lazim yang boleh berfungsi, bahkan kebanyakan vendor membekalkan sistem atau PC dengan partition tunggal yang meliputi seluruh pemacu keras. Meskipun konfigurasi partition tunggal ini kerap digunakan, namun pilihan ini belum tentu terbaik.

Tidak dinafikan, ramai pengguna yang tidak mahu bersusah payah membuat semula partition pada pemacu keras. Memang benar, ia bukan tugas yang paling senang dilakukan. Tetapi, pengguna ada beberapa alasan yang baik untuk menggunakan skema pembahagian yang melibatkan beberapa partition. Berikut ini adalah beberapa perkara menarik mengenai proses pembahagian pemacu keras yang patut difahami pengguna PC.
*Pembahagian membolehkan cakera diselenggara lebih pantas dan lebih efisyen. Suka atau tidak, cakera keras memerlukan penyelenggaraan. Ini bukannya jenis penyelenggaraan di mana anda perlu membuka pemacu keras tersebut dan membersihkannya, tetapi lebih kepada penyelenggaraan dalamannya seperti proses “defragmenting”. Perlaksanaan tugas penyelenggaraan ini pada partition yang lebih kecil, nyata lebih cepat berbanding pada partition yang terlalu besar – pemacu keras yang tidak dibuat partition.  
*Pembahagian meningkatkan kestabilan sistem. Langkah memecahkan pemacu keras menjadi bahagian yang lebih kecil boleh dilakukan. Jika anda menempatkan OS, aplikasi, data, muzik, dan pelbagai item lain ke dalam satu partition yang sebesar 100 – 200 GB, tidak mustahil anda akan menghadapi masalah kelak. Sekiranya berlaku sesuatu masalah yang tidak dikehendaki, tugas untuk mendiagnosa masalah tersebut lebih senang jika kandungan pemacu keras telah diasingkan ke dalam ruang yang lebih kecil
*  Pembahagian boleh memisahkan OS, program dan fail data. Bagi pengguna baru, ia mungkin dianggap perkara kecil. Tetapi sebaliknya jika anda pernah mengalami kelumpuhan (crash) sistem atau jangkitan virus di mana segala muatan partition boleh lenyap begitu sahaja. Sehubungan itu, perlaksanaan skema pembahagian lanjutan yang melibatkan berbilang partition memerlukan masa dan perancangan teliti.
*  Pembahagian membolehkan anda menggunakan seluruh ruang cakera keras dengan lebih efisyen. Fail-fail disimpan pada cakera keras dalam unit-unit yang dinamakan sebagai “cluster”. Partition lebih kecil akan menggunakan saiz “cluster” lebih kecil. Saiznya lebih hampir dengan saiz untuk kebanyakan fail yang disimpan pada cakera keras tersebut, lantas menjadikan penggunaan ruang cakera lebih efisyen.
*  Pembahagian membolehkan penciptaan rantau berasingan yang dinamakan cakera goresan (scratch). Ia digunakan oleh program tertentu sebagai rantau kerja sementara. Photoshop dan program penyuntingan grafik dan multimedia yang lain perlu mengendalikan fail-fail yang amat besar saiznya. Jadi, program ini boleh meraih prestasi yang ketara jika terdapat partition goresan yang ditetapkan secara berasingan.
*  Pembahagian membolehkan direktori dan fail dikelola dengan lebih baik. Sekiranya anda menetapkan partition khas untuk diisi dengan direktori dan fail, maka anda boleh mengurus kandungan itu dengan lebih efisyen. Situasi berbeza jika anda menyerakkannya ke dalam partition tunggal yang terlalu besar.
*  Pembahagian membolehkan penciptaan skema penyimpanan (backup). Skema penyimpanan ini boleh ditentukan sendiri dan disasarkan kepada rantau tertentu yang memerlukan penyimpanan dengan lebih kerap. Sementara itu, tumpuan terhadap item lain seperti fail sistem dan program dapat dikurangkan.
*  Pembahagian membolehkan laman fail ditempatkan ke dalam partitionnya sendiri. Ini dikatakan dapat melenyapkan masalah penyerakan fail di serata ruang pemacu keras. Situasi ini kerap berlaku terhadap laman fail yang kerap berubah saiznya ekoran keperluan atau kehendak memori maya yang berbeza.  
*  Pembahagian membolehkan sebuah sistem menampung atau menempatkan beberapa OS pada partition berasingan. Ini tertakluk kepada OS apa yang terlibat dalam skema berbilang boot (multi-boot), kerana ia dikatakan boleh memberi impak kepada sistem fail yang mesti digunakan. Anda boleh mencubanya.
Kenalpasti keperluan semasa anda

Anda mungkin mengakui kelebihan menggunakan beberapa partition berdasarkan mana-mana alasan yang dinyatakan tadi. Jika begitu, persoalan yang bakal timbul ialah memastikan samada perlaksanaan berbilang partition ini berbaloi atau sesuai dengan keperluan semasa anda atau sebaliknya. Jika berbaloi atau sesuai, anda boleh melaksanakannya setelah menimbang beberapa persoalan penting yang dinyatakan di bawah ini.
1. Adakah anda mempunyai sistem simpanan dan kaedah untuk mengekalkan mana-mana data yang sedia ada dalam sistem yang sedang digunakan? Jika anda tidak memiliki sistem untuk menyimpan data-data tersebut, maka ia wajar disediakan. Jika sebaliknya, data anda mungkin lebih terdedah kepada risiko akibat kerosakan atau kelumpuhan sistem yang boleh berlaku bila-bila masa. Bagi mengelak risiko ini, lebih baik anda mengambil sedikit masa untuk merancang dan melaksanakan strategi penyimpanan.
2. Adakah anda ingin memulakan pembinaan sistem dari peringkat awal lagi dan ingin membina semula skema partition dari awal? Keputusan ini mungkin dipengaruhi oleh jenis media pemasangan XP yang anda miliki. Adakah anda memiliki CD Microsoft yang boleh dibootkan atau anda sekadar mempunyai Recovery CD yang memerlukan anda membina semula OS mengikut pelan pembuat sistem tersebut?
3. Adakah anda memiliki peralatan yang boleh membantu usaha anda mencipta skema pembahagian yang diingini? Atau, adakah pilihan anda terbatas kepada utiliti Disk Management yang disertakan bersama XP atau anda turut memiliki utiliti pembahagian pihak ketiga? Sekiranya anda memiliki peralatan yang lengkap dan sesuai termasuk dari pihak ketiga, maka skema pembahagian lanjutan boleh dilaksanakan.
4. Adakah semua program yang anda gunakan ada dalam CD? Jika tersedia dalam CD, program tersebut masih boleh dipasang semula selepas skema pembahagian berjaya dilaksanakan seperti yang diingini.
5. Apakah skema pembahagian yang sedia ada pada sistem anda? Bolehkah skema itu diubahsuai dengan jayanya atau adakah lebih baik dibersihkan sepenuhnya cakera itu dan dimulakan prosesnya dari awal?

Share this

0 Comment to "Apa itu Xp??"

Post a Comment