23 January 2010

Tetikus (Mouse)


Ketika ini pelbagai bentuk perisian aplikasi, permainan berkomputer dan peluncur internet yang berpusatkan kepada peluncur peribadi. Ianya boleh dikendalikan dengan pelbagai jenis peranti input atau alat kawalan yang terdapat di pasaran. Salah satu peranti input yang paling popular ketika ini ialah tetikus (mouse) dimana jenis-jenisnya adalah pelbagai dan lebih dikenali dengan nama-nama khas seperti Mouseman, Surfman, Trackman dan sebagainya.
Hampir kesemua peranti input tersebut dilengkapi dengan bebutang selain memiliki berbagai ciri-ciri terkini seperti bebutang berbentuk roda serta bebola trek. Disamping itu terdapat juga tetikus yang dilengkapi dengan teknologi pengawalan terbaru dan tidak memerlukan wayar atau kabel untuk menghubungkannya dengan komputer kerana ia mempunyai bekalan kuasa sendiri. Apa yang lebih menarik ialah rekabentuknya yang kelihatan unik dan berinovatif akan memudahkan penggunaan dan mengutamakan keselesaan penggunaannya.
Tetikus beroda
Tetikus jenis ini menjanjikan keselesaan kepada para penggunanya dengan rekabentuk yang berinovatif. Bebutang untuk sentuhan ibu jari yang menyelesakan serta bebutang beroda yang unik akan memberikan fleksibiliti kepada anda ketika mengembalikan sistem pengoperasian Windows 95, 98 dan NT. Bebutang berbentuk seperti roda itu juga memudahkan tugas pengskrolan dalam semua perisian aplikasi Windows dan Internat. Bebutang rodanya turut merangkumi fungsi empat bebutang pilihan yang boleh diklik dengan mudah. Disamping itu anda boleh membesarkan paparan pada skrin dengan menggunakan butang ibu jari tanpa perlu menyentuh papan kekunci komputer anda.

Tetikus Peluncur Internet
Adakah anda inginkan keselesaan ketika meluncur dalam internet ? Jika begitu, tetikus jenis ini mampu memberikan keselesaan yang diharapkan tidak kira pengguna yang kidal atau sebaliknya. Dengan menggunakan teknologi tanpa wayar, ianya tidak lagi dihubungkan dengan sistem komputer anda menerusi seutas kabel. Tambahan pula ia membolehkan anda mengawal sepenuhnya pergerakan ketika meluncur di ruang siber walupun berada pada jarak lingkungan 6 kaki. Ciri-cirinya yang bersifat ekslusif adalah sesuai dengan sistem pengoperasian Windows 95, dimana anda hanya perlu mengklik pada arahan-arahan popular pelayar internet seperti back, scroll dan bookmark.

Share this

0 Comment to "Tetikus (Mouse)"

Post a Comment