05 November 2009

Apa itu PCI Express?

Apa itu PCI Express?

PCI Express adalah pengganti kepada bas PCI bus (bas selari) dengan aliran bersiri data. Kini PCI Express menghantar data dalam paket menerusi sambungan bersiri. Dengan itu ia lebih kurang sama dengan Fibre Channel, USB, IEEE 1394, dan Ethernet.

PCI Express adalah bas data chip-ke -chip yang membolehkan pemproses mikro berkomunikasi dengan bas-bas luaran seperti USB, atau kad I/O dalaman. Ia menggunakan 1 sehingga 32 laluan data untuk menghantar maklumat. Setiap laluan terdiri daripada 2.5-Gbits/saat penghantar dan dua penerima, setiap satu arah untuk memberikan laluan kepada data di antara hos dan peranti. PCI Express akan menjadi satu-satunya I/O yang akan berkomunikasi dengan cipset asas dan sistem bas lain seperti USB dan IEEE 1394 juga akan ditukar kepada PCI Express. Ia juga akan menggantikan Advanced Graphics Port, yang digunakan bersama kad grafik. Jadual di bawah melihatkan perbandingan di antara PCI Express dengan standard bas yang lain.


Standard grafik >>> Jalur lebar
16-bit ISA >>> 16MB/s
EISA >>> 32MB/s
VLB >>> 132MB/s
PCI >>> 132MB/s
AGP 1x >>> 264MB/s
AGP 2x >>> 528MB/s
AGP 4x >>> 1056MB/s
AGP 8x >>> 2112MB/s
PCI Express x1 >>> 500MB/s (1 Data Lane – Dua arah)
PCI Express x2 >>> 1000MB/s (2 Data Lane - Dua arah)
PCI Express x4 >>> 2000MB/s (4 Data Lane - Dua arah)
PCI Express x8 >>> 4000MB/s (8 Data Lane - Dua arah)
PCI Express x12 >>> 6000MB/s (12 Data Lane - Dua arah)
PCI Express x16 >>> 8000MB/s (4000MB/s satu arah (Dua arah))

Share this

0 Comment to "Apa itu PCI Express?"

Post a Comment