18 September 2012

Tips Penjagaan Komputer


Latarbelakang

  • Persekitaran Menempatkan Komputer
  • Tindakan Yang Perlu Diambil Sebelum Memulakan Komputer  
  • Tindakan yang perlu diambil sesudah memulakan komputer
  • Peringatan semasa menggunakan komputer
  • Peringatan semasa ingin berhenti menggunakan komputer


Sebelum diperkatakan dengan lebih lanjut berkaitan penjagaan komputer, eloklah kita
memahami bagaimana komputer beroperasi dan juga fungsinya. Komputer mempunyai
komponen-komponen sirkit bersepadu yang memerlukan aliran elektrik untuk beroperasi.
Kerana letrik sentiasa mengalir di dalam komputer maka ianya mengeluarkan haba panas.
Terdapat juga komponen yang memerlukan pergerakan mekanikal dan beroperasi secara
sentuhan seperti papan kekunci dan tetikus. Komputer beroperasi melalui arahan-arahan yang
telah disimpan didalam cekera keras dan diproses oleh komputer didalam memorinya.
Arahan-arahan ini terbahagi kepada dua iaitu arahan-arahan sistem pengendaliannya dan
juga arahan-arahan dari sistem aplikasi. Fungi komputer adalah memproses data yang
diberikan kepadanya dan mengeluarkan maklumat yang dimanaafkan untuk kita.Untuk
maklumat terperinci berkaitan komputer sila rujuk tutorial Pengenalan Kepada Komputer. 


  1. Persekitaran Menempatkan Komputer 

Pastikan komputer diletakkan didalam bilik yang mempunyai pengedaran udara yang baik
dan tidak terlalu panas. Bilik yang mempunyai pendingin udara adalah digalakkan tetapi bukan
satu kemestian. Komputer boleh beroperasi dalam suhu antara 10 darjah Celsius ke 40 darjah
Celsius. Terdapat juga komponen-komponen komputer yang mempunyai kipas sendiri seperti
pemposes utama dan pembekal kuasa. Pengedaran udara yang baik sangat penting kerana
haba dari komputer perlu beredar dan bercampur dengan udara lain supaya kepanasannya
berkurangan. Komputer-komputer perlu ditempatkan ditempat yang tidak begitu sesak yang
memungkinkan ia dilanggar atau terhentak. Ini kerana kebanyakkan komponen komputer
adalah mudah pecah atau rosak jika terkena hentakan. Habuk juga boleh mengganggu operasi
komputer terutama komponen seperti tetikus, papan kekunci dan juga papan induk komputer
itu sendiri dimana habuk mungkin bertindak sebagai konduktor untuk mengalirkan aliran
elektrik ke sirkit yang salah dan menyebabkan operasi komputer menjadi bercelaru. Jika
komputer didtempatkan di kawasan dimana terdapat gangguan kuasa elektrik seperti voltan
bekalan terlebih atau terkurang maka anda perlu menghubungkan komputer dengan alat
penstabil voltan. Bagi komputer jenis pelayan yang mana ia digunakan memproses transaksi
kemaskini yang banyak maka sebuah alat pembekal kuasa tanpa henti ('uninterruptable power
supply (UPS)' adalah diperlukan. Perkakas ini memasti ia dapat beroperasi sehingga bersedia
untuk diberhentikan walaupun semasa terputus bekalan elektrik. 

Bagi menjaga kesihatan pengguna komputer adalah penting perabot yang digunakan adalah
ergonomik. Layar paparan perlulah pada paras mata supaya tidak perlu mendongak untuk
membaca paparan. Papan kekunci seeloknya pada paras siku dan sebahagian tapak tangan
dapat diletakkan keatas meja papan kekunci atau meja supaya mengelak dari kepenatan atau
kecederaan.

     
    2. Tindakan Yang Perlu Diambil Sebelum Memulakan Komputer 

Pastikan segala penutup yang diletakkan keatas monitor, papan kekunci dan lain-lain yang
digunakan untuk menghindari habuk dibuka. Ini ialah untuk memastikan segala ruang udara
perkakasan ini tidak ditutup hingga mengganggu peredaran udara. Pastikan pad untuk
pergerakan tetikus disapu supaya tidak mempunyai habuk yang akan melekat di bebola
tetikus. Untuk pengetahuan tetikus beroperasi dengan pergerakan bebola yang bersentuh
dengan dua lagi roda yang betindak sebagai pengukur axis x dan y bagi pelunjuk.
Habuk-habuk yang terlekat pada bebola akan melekat pada roda x dan y axis dan
mengganggu pergerakannya yang akan mengakibatkan pelunjuk tidak bergerak seperti yang
diinginkan. Bebola didalam tetikus boleh dikeluarkan dan dicuci menggunakan berus atau kain.
Bagaimanapun alat-alat lain di dalam tetikus tidak digalakkan diusik kerana ia adalah alat yang
mempunyai daya ketepatan yang tinggi serta mudah rosak. Pastikan anda tidak meletakkan
tetikus keatas permukaan yang kasar kerana bebola tersebut diperbuat dari getah dan
mungkin cepat haus dan tidak lagi bersentuh dengan roda-roda dalam tetikus.

     3. Tindakan yang perlu diambil sesudah memulakan komputer.

Adalah digalakkan supaya anda memulakan perisian mengesan virus pada cekera dan
memori. Anda digalakkan juga menyemak cekera keras anda kalau terdapat fail-fail sementara
atau fail-fail lain yang tidak lagi dikehendaki supaya dapat dibuang. Mulakan juga aturcara
menyemak struktur direktori cekera anda dan juga utiliti memperkemas cekera anda dari
sebarang fragmentasi fail. Fragmentasi adalah suasana dimana sesuatu fail berpecah kepada
beberapa bahagian di simpan di merata tempat hinggakan gerak kerja untuk membaca
menjadi lambat kerana terpaksa melibatkan pergerakan kepala pembaca cekera yang banyak.

      4. Peringatan semasa menggunakan komputer

Jika anda digalakkan memasang penjimat skrin yang memerluka kata laluan supaya jika anda
tidak menggunakan komputer beberapa ketika satu gambar yang sentiasa bertukar akan
beroperasi. Fungsi penjimat skrin adalah supaya tidak ada sebahagian skrin yang rosak kerana
terlalu panas kerana sentiasa menerima pancaran cahaya pada satu tempat sahaja. Kata
laluan diperlukan supaya tiada orang yang mengambil kesempatan semasa ketiadaan anda
untuk menggunakan komputer anda untuk tujuan tidak baik. Pastikan sebarang disket yang
bukan milik anda yang ingin digunakan disemak dengan pengesan virus sebelum digunakan.
Ia termasuk juga cekera liut anda yang anda gunakan untuk mengambil data atau perisian dari
komputer lain. Jika anda inginkan menyalin data atau aturcara dari disket anda ke komputer
lain pastikan tab pada cekera liut anda dibuka supaya komputer rakan anda tidak boleh
menulis ke cekera itu. Ini adalah penting bagi menghindar jangkitan virus ke cekera tersebut. 

Jika anda menggunakan komputer anda untuk menaip makalah atau data adala penting dari
masa kesemasa untuk anda 'save' atau simpan segala perubahan keatas fail yang anda
sedang gunakan dan tidak menunggu sehinga makalah itu siap. Kata orang malang tidak
berbau. Jika semasa anda sedang menggunakan komputer berlaku gangguan kuasa elektrik
anda tidak kehilangan keseluruhan hasil kerja anda. Anda juga dinasihatkan sentiasa
menyimpan sekurang-kurangnya satu salinan dari artikel atau data yang anda masukkan
kecekera keras disimpa juga ke cekera liut. Umum mengetahui bahawa cekera keras adalah
diantara sebahagian kecil perkakas dalam komputer yang beroperasi secara mekanikal. Jika
sesuatu itu bergerak ia satu masa akan rosak kerana haus, kepanasan atau sebagainya.
Cekera keras adalah antara perkakasan yang sering rosak dan boleh mengakibatkan
kehilangan maklumat yang merugikan. Semasa menggunakan cekera liut pastikan anda tidak
mengeluarkan cekera semasa lampu penunjuk pada pemacu cekera liut masih menyala. Jika
ini berlaku kepala pembaca cekera akan rosak, begitu juga cekera itu sendiri.

      5. Peringatan semasa ingin berhenti menggunakan komputer. 

Pastikan anda menghentikan komputer anda secara betul. Jika anda menggunakan sistem
pengendalian DOS/Windows dari Microsoft anda dinasihatkan semua fail-fail yang dikemaskini
di simpan secara kekal. Pastikan anda keluar dari windows dahulu bebelum menutup suis
komputer. Ini menghindarkan dari berlaku peristiwa komputer kehilangan rekod dimana fail-fail
disimpan kerana komputer dihentikan sebelum komputer anda dapat menyimpan
maklumat-maklumat fail yang ditukar atau yang baru.

Sebelum membuka suis komputer pastikan tiada disket cekera liut pada pemacu disket
melainkan sememangnya anda ingin memulakan komputer menggunakan arahan dari disket
berkenaan. Peringatan ini perlu kerana kebanyak virus jenis boot yang mungkin telah bertapak
pada disket akan masuk ke komputer dan menjangkiti sektor boot dicekera keras pula. Jika
terpaksa menutup komputer secara tiba-tiba kerana menjadi tidak bergerak ('hang') maka
pastikan anda membiarkan ia dalam suasana off kira-kira 1 minute atau paling kurang 10 saat
supaya segala daya ingatan pada komputer itu sudah hilang ('demagnetised'). Ia juga
memastikan cekera keras berhenti berpusing sebelum memulakanya semua supaya ia tidak
cepat rosak.



Pentig Bagi Komputer Yang Mempunyai Data2 Penting.

Share this

0 Comment to "Tips Penjagaan Komputer"

Post a Comment